Diam dan berfikir.

Selama ini,
Apa yang aku inginkan.
Apa yang aku cuba capai.

Aku sendiri tertanya.
Aku sendiri tak mengerti.

posted from Bloggeroid

Kalau aku ada keberanian,
Aku akan mesej kau.

Lebih kurang macam ni la,

'Bro, gua rasa macam dah jatuh cinta dgn lu. Gua hari hari rindu lu. Susah gua nak tidur. Lu bomohkan gua ke apa?'

Tapi, aku terfikir kalau tetiba dia respon macam ni,

'Sorry la der. Gua dah ada awek.'

Perghhh! Luluhnya hati.
Maka, aku simpan je. Pendam.
Biarkan.

posted from Bloggeroid

Kawan kawan pesan,

Tak mengapa dilepaskan.
Jika dia jodoh kau,
Walau mcm mana pun,
Suatu hari nanti,
Allah akan temukan.

Jangan bersedih.
Ada hikmahnya semua yang jadi.

posted from Bloggeroid

Aku sudah pulang,
Kuala Lumpur.

Moga cuti ni dapat menenangkan aku.

posted from Bloggeroid

Saat ini,
Aku terlalu rindukan mereka.
Aku mahu pulang. Mahu bersama setiap masa.

Mungkin memang betul apa yang ibu kata dulu.
Pergilah merantau jauh jauh, bila ada peluang.

Baru tau macam mana,
Rasanya jauh dari keluarga.

Baru tau macam mana,
Rindukan keluarga.

Syukur Ya Allah
Aku dikurniakan ibu abah yang sangat memahami.
Adik adik yang menceriakan aku.

Terima kasih Allah.
Beri aku peluang,
Merasai nikmatnya rindu.

Mohon jangan kau tarik nikmat ini.
Maafkan aku.

Masterpiece aku.
Tak berapa nak menyengat.
Mungkin aku perlukan pemerhatian & ketenangan menyeluruh.
Kau datang kembali, tanpa aku minta.
Mana kau pergi? Mana kau hilang?

Aku cuba, perlahan-lahan.
Terima kenyataan,
Kau dah berpunya.

Tapi, apa yang kau nak?
Hancurkan perasaan aku semula?

Sudahlah sayang. Aku tak mampu.