Diam dan berfikir.

Selama ini,
Apa yang aku inginkan.
Apa yang aku cuba capai.

Aku sendiri tertanya.
Aku sendiri tak mengerti.

posted from Bloggeroid

Kalau aku ada keberanian,
Aku akan mesej kau.

Lebih kurang macam ni la,

'Bro, gua rasa macam dah jatuh cinta dgn lu. Gua hari hari rindu lu. Susah gua nak tidur. Lu bomohkan gua ke apa?'

Tapi, aku terfikir kalau tetiba dia respon macam ni,

'Sorry la der. Gua dah ada awek.'

Perghhh! Luluhnya hati.
Maka, aku simpan je. Pendam.
Biarkan.

posted from Bloggeroid

Kawan kawan pesan,

Tak mengapa dilepaskan.
Jika dia jodoh kau,
Walau mcm mana pun,
Suatu hari nanti,
Allah akan temukan.

Jangan bersedih.
Ada hikmahnya semua yang jadi.

posted from Bloggeroid

Aku sudah pulang,
Kuala Lumpur.

Moga cuti ni dapat menenangkan aku.

posted from Bloggeroid

Saat ini,
Aku terlalu rindukan mereka.
Aku mahu pulang. Mahu bersama setiap masa.

Mungkin memang betul apa yang ibu kata dulu.
Pergilah merantau jauh jauh, bila ada peluang.

Baru tau macam mana,
Rasanya jauh dari keluarga.

Baru tau macam mana,
Rindukan keluarga.

Syukur Ya Allah
Aku dikurniakan ibu abah yang sangat memahami.
Adik adik yang menceriakan aku.

Terima kasih Allah.
Beri aku peluang,
Merasai nikmatnya rindu.

Mohon jangan kau tarik nikmat ini.
Maafkan aku.

Masterpiece aku.
Tak berapa nak menyengat.
Mungkin aku perlukan pemerhatian & ketenangan menyeluruh.
Kau datang kembali, tanpa aku minta.
Mana kau pergi? Mana kau hilang?

Aku cuba, perlahan-lahan.
Terima kenyataan,
Kau dah berpunya.

Tapi, apa yang kau nak?
Hancurkan perasaan aku semula?

Sudahlah sayang. Aku tak mampu.
Aku harus menikmati moment ini.
Kerana aku tau.
Moment ini akan berakhir.
Tak lama lagi.

posted from Bloggeroid

Maaf,
Aku tak mampu.
Jadi seperti yang kau harapkan.

Aku bukan tuhan.
Aku tak sempurna.

Jika.
Kau marah aku,
Kau tak suka aku,
Terus terang.

Aku cuba ubah.

posted from Bloggeroid

Ketika aku cuba,
Perbaiki segalanya.
Kau duga aku.

Kau biarkan aku menangis.
Menangis tanpa henti.

Di atas sejadah...

Ya Allah.
Tunjukkan aku jalan yang benar.
Tingkatkanlah kesabaranku.
Lindungi aku.
Ampunkan aku,
Ya Allah.

Terima kasih.
Dugaan ini mengingatkan aku.
Allah maha adil.

Aku terleka.
Aku lalai.

posted from Bloggeroid

Dulu,
Kau kata,
Apa pun yang terjadi,
Kau tetap dengan aku.

Sekarang,
Kau ke mana.
Aku mencari kau.
Aku rindu kau.

Dulu,
Kau selalu menemani aku.
Ke sana ke mari.
Kau dan aku.

Sekarang,
Dia ajak ke mana mana.
Ada saja alasan.
Sibuk katanya

Dulu,
Segala rintihan dan gelak tawa ku,
Kau dengar,
Dengan tenang dan sabar.

Sekarang,
Kau malas nak layan.
Kau kata aku manja,
Bergantung hidup dengan kau.

Tak mengapa.
Mungkin ini jalan terakhirnya

Aku biarkan kau
Aku lepaskan kau
Pergilah.

Aku doakan kau bahagia.
Terima kasih, Kawan.

September.
Kau muncul lagi.

Aku mengharapkan sesuatu.
Sesuatu yang bisa menceriakan aku.

Terima kasih

posted from Bloggeroid

Sayang,
Maafkan aku.

Aku tak pernah membahagiakan,
Aku tak pernah cuba memahami,
Aku tak pernah jadi yang terbaik,
Untuk kamu.

Andai kata,
Berpisah itu lebih baik.
Maka,
Aku rela.

Ingat pesan aku.

Carilah perempuan yang mencintai kamu
Carilah perempuan yang bisa memahami hati kamu
Dan,
Semoga kamu bahagia.
Semoga kamu gembira.
Semoga kamu berjaya.

Terima kasih,

Kerna pernah menjadi sesuatu,
Dalam cerita hidupku.

posted from Bloggeroid

Duduk.
Lihat kiri dan kanan.

Ada yang berpasangan.
Ada yang berseorangan.

Agaknya,
Apa yang difikirkan oleh yang seorang itu?

Melihat pasangan kekasih,
Dapat menatap cinta hatinya.
Setiap hari, setiap masa terluang.

Adakah dia cemburu?
Adakah dia sudah biasa?

Seperti aku...

Syukur,
Masih ada yang sudi.
Walau jauh di mata.

Pada yang seorang itu.

Jangan bersedih.
Allah menjagamu dengan baik.
Allah tidak mahu kamu terluka.

Mungkin bukan di sini,
Bukan sekarang.
Mungkin suatu hari nanti,
Saatnya pasti tiba.

Kamu akan rasa,
Rumitnya menghadapi percintaan dunia..

posted from Bloggeroid

Kau,
Pernah singgah dalam hati aku.
Sekejap. 

Final exam.
Library jadi saksi.
Kau dan aku,
Belajar sama-sama.

Subuh.
Kau telefon aku.
Lepas solat,
Kita study lagi.

Aku ingat.
Aku faham. 
Kau dah lupa semua tu.

Aku sakit hati,
Bila tahu, 
Kau tipu aku.

Hampir setiap minggu,
Aku terpaksa menghadap muka kau.

Dear Mr I,
Aku rindu kau.
Sayang,
9 bulan sudah.

Alhamdulillah

Setiap kali,
Aku tengok kau
Aku dengar suara kau

Aku benci kau.
Aku tak tau kenapa.

Adakah ini normal?

Atau,
Masalah aku sendiri...

Aku minta maaf.
Aku kurang ajar dengan kau.
Aku tak dengar nasihat kau.

Aku perlukan masa.
Untuk mulakan segalanya.
Semula...

posted from Bloggeroid

Duhai hati,
Mohon tabah.

Luaran,
Kelihatan hebat.
Hakikatnya,
Lemah dan longlai.

Aku penat.
Melayan kerenah manusia yang pelbagai-bagai.

posted from Bloggeroid

Pernah tak rasa menyesal?
Mesti pernah kan.

Sekarang aku sedang merasainya.

Aku tidur jam 12.30 tengahari,
Class 2.30.

Dah 2.15,
Syaitan pun datang.

'Kau sambung je tidur,
Tak payah pergi class.'

Aku hanyut dengan godaan syaitan.

3.00 pm,
Aku bangun dari tidur,
Dengan satu perasaan.

Menyesal....

Aku patutnya pergi class. Hmm

posted from Bloggeroid

Aku ada masalah.

Dengan manusia yang bila,
Ditanyanya elok elok,
Dijawabnya macam sampah.

Jenis manusia apa kau ni?

posted from Bloggeroid

Rindu?
Aku lagi rindu kau.

Aku rasa, kau bukan kau.
Kau yang aku kenal,
Bukan macam ni.
Dulu..

Aku tak tahu
Kesudahan cinta kita

Semoga Allah beri petunjuk

posted from Bloggeroid

Wawa,

Ingat pesan aku.
Jangan endah dengan cakap orang.

Biarlah orang nak kata apa

Kita tau apa yang kita buat
Kita tau siapa diri kita
Kita tau mana kemampuan kita
Kita tau hala tuju kita

Segala apa yang kita lakukan
Buat yang terdaya, yang termampu

Senyum. Ketawa.
Fikir positif.

Hidup semudah yang mungkin.

posted from Bloggeroid

Seandainya ku katakan yang sesungguhnya
Tentang perasaanku padamu selama ini

Seandainya ku bisa memutar kembali
Waktu yg telah pergi dariku

Saat kau ada di sini denganku

Sebenarnya hatiku selalu mencintaimu
Hanya saja ku tak pernah mengatakan kepadamu

Dalamnya cintaku menggenggam tulus hatimu
Namun kini kau katakan cinta sudah terlambat

Seharusnya ku tak biarkan kau menanti
Kata cinta dariku yang tersimpan terlalu lama

Dan seharusnya ku pahami isi hatimu
Yang tulus menyayangi diriku

Sebelum cinta menjadi miliknya
Terpaksa terima kenyataan,
Cuti raya dah habis,
Terpaksa pulang ke kampus.

Well, selamat tinggal Kuala Lumpur,
Ada rezeki, umur panjang, jika diizinkan,
kita jumpa lagi.

And, Dungun,
aku pulang.
Habiskan sisa sisa semester 3.

posted from Bloggeroid

Setelah sebulan puasa,
Kini syawal menjelma.

Saya ingin pohon kemaafan
Secara sengaja ataupun tidak

posted from Bloggeroid

Office Management.
Kos yang orang pandang rendah.

Tak se-gah architecture.
Tak se-gah art design.
Tak se-gah undang undang.

Tapi, kalian harus faham.
Tak ada kos yang mudah.

Jangan bagi alasan,
Kos kau mudah. Tak banyak kerja.
Kos aku susah. Aku tak ada masa.

Alasan.

posted from Bloggeroid

Satu hal,
Kalau kau hidup, kerja nak melaga-lagakan orang,
Mohon pergi cari kerja lain.

Yang lebih mendatangkan kebaikan,
untuk kau di dunia dan akhirat.

Sekian.

posted from Bloggeroid

Awak,

Kita dah 8 bulan. Alhamdulillah
Tapi, awak wish lambat.
Saya tau awak lupa.

Sejak beberapa menjak ni,
Kita selalu gaduh
Kita selalu tak sefahaman.

Saya sibuk dengan kerja saya
Awak sibuk dengan kerja awak
Kita dah tak ada masa macam dulu

Saya minta maaf
Saya sayang awak.

posted from Bloggeroid

Kadang kala,
ada rasa memang tak sefahaman

Kadang kala,
ada rasa dah penat menunggu

Kadang kala,
ada rasa marah tak terkawal

Kadang kala,
ada rasa rimas melampau lampau

Tapi,
By the end,
Kau yang aku cari.
Kau tempat bermanja.
Kau tempat berkasih sayang.
Kau tempat lepaskan amarah.
Kau tempat berkongsi cerita.

Aku rindu, kau.

posted from Bloggeroid

Penat.

Baru nak masuk mid-sem,
Penat macam dah nak final.

Kadang kadang terfikir,
Sejauh mana kemampuan aku.

posted from Bloggeroid

Aku sembang dengan Din. Macam biasa.
Dia jelah yang rajin nak dengar segala luahan hati aku.

Aku pun cerita, cerita & cerita.
Dia dengan sabar, baca dan memahami.
Alhamdulillah, tak sia-sia kenal dia.
Kekasih dan juga, kawan baik.
Insyallah

Dia tak menangkan aku. Malah, dia suruh aku muhasabah diri
Kalau betul itu salah aku, maka ubah

Aku fikir,
Adakah selama ni memang salah aku?
Atau aku memang tak mampu nak jadi sahabat yang semua inginkan?

Muhasabah diri....
Aku sibuk nak jaga hati orang,
Hati aku siapa nak jaga?

posted from Bloggeroid

Sebak.

Tengok kekasih hati 'mesra' dengan perempuan yang pernah dia nak 'try' dulu.

Bukannya apa, takut 'sangkut' pulak.

Manusia, sekelip mata boleh berubah.

posted from Bloggeroid

Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersama mu lagi
Akan ku jaga, sebaik baik cinta ini

Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau di sisi
Yang selalu ada, yang selalu rindu
Terhadap diriku

posted from Bloggeroid

Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu
Dalam ruang dan waktu
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu
Resahku, tanpa hadirmu
Sungguh berat hatiku, merasakannya

Salahku, mencintai
Dirinya saat jauh
Ku terpisah darimu
Hadirnya menyentuh hatiku
Mencintainya.
Hatiku menginginkannya

Ku sakiti hatimu, yang tulus mencintaiku

Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Kerna ku terhanyut mencintai dia

Ini salahku yang memberi ruang
Di dalam hatiku untuk mencintainya

posted from Bloggeroid

Sejuk. Lapar. Bosan.

Dulu, on time.
Sekarang, lewat sikit.
Harini, sangat lewat.

Malam yang mengecewakan.

posted from Bloggeroid

Seperti biasa.

Mengantuk. Sangat.

Tak ada mood. Tak mampu senyum.

Aku perlukan rehat.

Tapi, class menghalang percintaan aku dengan katil. Dengan tilam. Dengan bantal. Dengan selimut.

Aku mula rindukan kau. Tempat aku bermimpi.

Selamat Pagi Dunia.

posted from Bloggeroid

Twitter. 

Dah jadi sebati dengan aku.

Dari tingkatan 3 aku guna, dah 3 account aku created. Hasilnya, tinggal 1 sahaja. Yang jadi kegemaran.

Tempat luahan perasan, tempat cerita, tempat berkongsi, tempat berduka lara, tempat melepaskan amarah, tempat berkasih sayang. 

Hari-hari, aku scroll timeline. Maklumlah, guna telefon pintar atau dalam bahasa baratnya, smartphone. Aku terpanggil dek orang orang yang aku follow. 

Aku ternampak tweet seseorang. Dengan megah dia meng-kritik tentang perempuan yang terlalu taksub dengan kekasihnya. 

Aku juga kadang kala begitu. Aku juga bercerita tentang kekasihku. 

Cuma ada benda kita boleh kongsi, ada benda yang dijadikan rahsia. 

Tapi kenapa terlalu emosi cik adik sayang? 

Dunia tanpa sepadan. Buat account social network secara percuma. Inilah kegunaannya. Kalau tak nak baca tentang benda-benda 'common' begini, tak payahlah follow. Sekian,

NRHR
Assalamualaikum

Pertama sekali, aku bukan puitis. Aku menulis ikut cara aku.

Setiap post aku tak ada tajuk sebab aku sendiri tak tahu apa aku nak cerita. Aku suka melarat dan meleret-leret. 

Ohh ye, bahasa melayu aku juga tak berapa betul. Biasalah, rojak pasemboq katanya.

Apa yang aku post, adalah cerita, pandangan dan mungkin imaginasi aku sahaja.

Jika tak setuju, tak mengapa. Kritik sahaja. Aku dah biasa.

NRHR