Office Management.
Kos yang orang pandang rendah.

Tak se-gah architecture.
Tak se-gah art design.
Tak se-gah undang undang.

Tapi, kalian harus faham.
Tak ada kos yang mudah.

Jangan bagi alasan,
Kos kau mudah. Tak banyak kerja.
Kos aku susah. Aku tak ada masa.

Alasan.

posted from Bloggeroid

Satu hal,
Kalau kau hidup, kerja nak melaga-lagakan orang,
Mohon pergi cari kerja lain.

Yang lebih mendatangkan kebaikan,
untuk kau di dunia dan akhirat.

Sekian.

posted from Bloggeroid

Awak,

Kita dah 8 bulan. Alhamdulillah
Tapi, awak wish lambat.
Saya tau awak lupa.

Sejak beberapa menjak ni,
Kita selalu gaduh
Kita selalu tak sefahaman.

Saya sibuk dengan kerja saya
Awak sibuk dengan kerja awak
Kita dah tak ada masa macam dulu

Saya minta maaf
Saya sayang awak.

posted from Bloggeroid

Kadang kala,
ada rasa memang tak sefahaman

Kadang kala,
ada rasa dah penat menunggu

Kadang kala,
ada rasa marah tak terkawal

Kadang kala,
ada rasa rimas melampau lampau

Tapi,
By the end,
Kau yang aku cari.
Kau tempat bermanja.
Kau tempat berkasih sayang.
Kau tempat lepaskan amarah.
Kau tempat berkongsi cerita.

Aku rindu, kau.

posted from Bloggeroid

Penat.

Baru nak masuk mid-sem,
Penat macam dah nak final.

Kadang kadang terfikir,
Sejauh mana kemampuan aku.

posted from Bloggeroid

Aku sembang dengan Din. Macam biasa.
Dia jelah yang rajin nak dengar segala luahan hati aku.

Aku pun cerita, cerita & cerita.
Dia dengan sabar, baca dan memahami.
Alhamdulillah, tak sia-sia kenal dia.
Kekasih dan juga, kawan baik.
Insyallah

Dia tak menangkan aku. Malah, dia suruh aku muhasabah diri
Kalau betul itu salah aku, maka ubah

Aku fikir,
Adakah selama ni memang salah aku?
Atau aku memang tak mampu nak jadi sahabat yang semua inginkan?

Muhasabah diri....
Aku sibuk nak jaga hati orang,
Hati aku siapa nak jaga?

posted from Bloggeroid

Sebak.

Tengok kekasih hati 'mesra' dengan perempuan yang pernah dia nak 'try' dulu.

Bukannya apa, takut 'sangkut' pulak.

Manusia, sekelip mata boleh berubah.

posted from Bloggeroid

Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersama mu lagi
Akan ku jaga, sebaik baik cinta ini

Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau di sisi
Yang selalu ada, yang selalu rindu
Terhadap diriku

posted from Bloggeroid

Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu
Dalam ruang dan waktu
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu
Resahku, tanpa hadirmu
Sungguh berat hatiku, merasakannya

Salahku, mencintai
Dirinya saat jauh
Ku terpisah darimu
Hadirnya menyentuh hatiku
Mencintainya.
Hatiku menginginkannya

Ku sakiti hatimu, yang tulus mencintaiku

Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Kerna ku terhanyut mencintai dia

Ini salahku yang memberi ruang
Di dalam hatiku untuk mencintainya

posted from Bloggeroid

Sejuk. Lapar. Bosan.

Dulu, on time.
Sekarang, lewat sikit.
Harini, sangat lewat.

Malam yang mengecewakan.

posted from Bloggeroid

Seperti biasa.

Mengantuk. Sangat.

Tak ada mood. Tak mampu senyum.

Aku perlukan rehat.

Tapi, class menghalang percintaan aku dengan katil. Dengan tilam. Dengan bantal. Dengan selimut.

Aku mula rindukan kau. Tempat aku bermimpi.

Selamat Pagi Dunia.

posted from Bloggeroid

Twitter. 

Dah jadi sebati dengan aku.

Dari tingkatan 3 aku guna, dah 3 account aku created. Hasilnya, tinggal 1 sahaja. Yang jadi kegemaran.

Tempat luahan perasan, tempat cerita, tempat berkongsi, tempat berduka lara, tempat melepaskan amarah, tempat berkasih sayang. 

Hari-hari, aku scroll timeline. Maklumlah, guna telefon pintar atau dalam bahasa baratnya, smartphone. Aku terpanggil dek orang orang yang aku follow. 

Aku ternampak tweet seseorang. Dengan megah dia meng-kritik tentang perempuan yang terlalu taksub dengan kekasihnya. 

Aku juga kadang kala begitu. Aku juga bercerita tentang kekasihku. 

Cuma ada benda kita boleh kongsi, ada benda yang dijadikan rahsia. 

Tapi kenapa terlalu emosi cik adik sayang? 

Dunia tanpa sepadan. Buat account social network secara percuma. Inilah kegunaannya. Kalau tak nak baca tentang benda-benda 'common' begini, tak payahlah follow. Sekian,

NRHR
Assalamualaikum

Pertama sekali, aku bukan puitis. Aku menulis ikut cara aku.

Setiap post aku tak ada tajuk sebab aku sendiri tak tahu apa aku nak cerita. Aku suka melarat dan meleret-leret. 

Ohh ye, bahasa melayu aku juga tak berapa betul. Biasalah, rojak pasemboq katanya.

Apa yang aku post, adalah cerita, pandangan dan mungkin imaginasi aku sahaja.

Jika tak setuju, tak mengapa. Kritik sahaja. Aku dah biasa.

NRHR